2014 | My Lovely Little Alya

How to Make a SMOOTHIE

Anda penggemar SMOOTHIE?

Jom jadikan minuman smoothie sebagai makanan pagi yang sihat. Lebih berkhasiat dan pengalaman yang menyeronokkan apatah lagi dapat dibuat bersama-sama dengan anak-anak.
Sediakan mana-mana ‘food processor’ atau pengisar kegemaran.
Sediakan buah-buahan yang segar untuk membuat smoothie.
Pada permulaan, fokuskan kepada satu jenis buah.
Atau kombinasi buah-buahan yang boleh menjadikan aktiviti membuat smoothie lebih menyeronokkan.
Beberapa contoh kombinasi yang menarik yang boleh dicuba
  • Peach, strawberi, blueberi, rasberi, pisang, epal, kiwi, mango, avocados
  • Orange, tembikai, nenas
Tips:
Untuk memekatkan smoothie boleh menambahkan protein di dalam smoothie
Cara-cara Membuat Smoothie yang Berkhasiat & Sihat
  1. Masukkan cecair adalah bahan yang paling utama untuk membuat smoothie seperti susu, soya, yogurt, jus, atau aiskrim.
  2. Masukkan buah-buahan pilihan untuk smoothie anda.
  3. Masukkan serbuk protein dalam diet anda (optional). 
  4. Masukkan sayur-sayuran hijau seperti bayam, atau seleri (optional). 
  5. Masukkan pemanis seperti gula atau madu (optional). 
  6. Masukkan perisa kegemaran jika ada seperti vanila ekstrak, garam, almond, peanut butter atau nutella (optional). 
  7. Masukkan beberapa ketul ais (optional). Kisar semua bahan-bahan tadi.
Tuangkan smoothie ke dalam gelas dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Selamat Mencuba!


Homemade Recipes II

Semakin meningkat usia bayi, semakin banyak khasiat tambahan diperlukan untuk tubuhnya. Oleh itu, ibu bapa mestilah pastikan makanan yang mereka beri kepada bayi mampu menampung keperluan tersebut.

Makanan pertama bayi mestilah dalam bentuk cecair supaya dia mudah menelannya. Untuk menyediakan puri, anda bole memilih sama ada mengukus sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipilih. Bole juga menambahkan susu ibu ataupun susu formula ke dalam puri untuk memberikan sedikit kelainan rasa pada makanan.
INSTANT NO-COOK PUREE
> Pisang & Blueberi
> Pisang & Mango
> Pisang & Papaya
> Pisang & Peach & Strawberi
> Pisang & Epal
> Pisang & Pear

PURI UBI, LOBAK MERAH & BROKOLI

Ambil satu biji ubi (yang sudah dibuang kulit dan dipotong dadu), sebatang lobak merah bersaiz kecil dan juga dibuang kulit dan potong dadu serta beberapa kuntum kecil brokoli.
Masukkan kesemuanya ke dalam Beaba Babycook dan kukus bersama sukatan paras air (level 3).
Kemudian, kisar ubi, lobak dan brokoli tersebut dengan sedikit air kukusan.
Sedia untuk dihidangkan.


PURI STRAWBERI, PEACH & PIR

Potong dan bersihkan buah strawberi, peach dan pir. Masukkan dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. 
Sedia untuk dihidangkan. 

PURI BAYAM & PISANG

Ambil beberapa tangkai daun bayam, cuci bersih dan potong kecil.
Kemudian, kukus sayur tersebut bersama Beaba Babycook.
Seteleh lembut, kisar bayam tadi dengan pisang yang telah masak sehingga halus.

PURI ASPARAGUS

Ambil beberapa batang asparagus, cuci bersih dan potong kecil.
Kemudian, kukus sayur tersebut bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level3).
Seteleh lembut, kisar asparagus sehingga halus
dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi.

PURI EPAL & MANGO

Potong dan bersihkan buah epal (dibuang kulit dan dipotong dadu). Masukkan epal dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus bersama mango. 
Sedia untuk dihidangkan.

PURI STRAWBERI, PEACH & EPAL

Potong dan bersihkan buah strawberi, peach dan epal. Masukkan dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan. 
Sedia untuk dihidangkan. 
 
PURI STRAWBERI, PEACH & PISANG

Potong dan bersihkan buah strawberi, peach dan pisang. Masukkan dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. 
Sedia untuk dihidangkan.

PURI PEACH, PIR & BLUEBERI

Potong dan bersihkan buah blueberi, peach dan pir. Masukkan dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi. 
Sedia untuk dihidangkan. 
 

PURI PLUM, PIR & EPAL

Potong dan bersihkan buah plum, pir dan epal (dipotong dadu). Masukkan dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. 
Sedia untuk dihidangkan.

PURI EPAL, PIR & PEACH

Potong dan bersihkan buah epal, pir dan peach (dipotong dadu). Masukkan dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. 
Sedia untuk dihidangkan.


Homemade Recipes I

Panduan Menyediakan Puri

Memperkenalkan makanan kepada bayi boleh dilakukan seawal usia enam bulan. Sebelum itu, bayi perlu mendapat keperluan nutrien dengan lengkap menerusi pemberian susu ibu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menggalakkan setiap ibu untuk memberi susu badan terutama pada enam bulan pertama secara eksklusif tanpa memberi susu formula atau air.
Ia tidak bermakna tidak boleh memberi anak minum air langsung, namun hanya jumlah yang sedikit. Salah satu perkara pertama yang bayi perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu adalah cara menelan makanan pepejal. 
Apabila bayi selesa dengan nasi dan susu, tambahkan sedikit puri buah atau sayur. Kebanyakan panduan umum menasihatkan ibu supaya memperkenalkan sejenis makanan kepada bayi sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari.
Ia bagi mengetahui sama ada makanan berkenaan sesuai atau tidak dengan bayi. Menurut Pakar Web di United Kingdom, babycenter.com.my, terdapat beberapa tip mudah mengenai cara menyediakan makanan bayi. 
Ujarnya, sediakan makanan sebaik saja bayi memerlukannya. Sesetengah makanan yang mengandungi vitamin C akan hilang dengan perlahan apabila ia dipotong, dimasak atau terdedah kepada udara. 
Pendek kata, aktiviti pemprosesan buah atau sayur yang dilakukan dengan kerap akan menyebabkan lebih banyak nutrien hilang. 
Berikut beberapa panduan yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam menyediakan makanan bayi agar ia lengkap dengan nutrien dan lebih selamat. 

1. Jika menyediakan jumlah makanan untuk dua hidangan, sejukkan dengan cepat dan masukkan ke dalam peti ais atau penyejuk beku. 
Penyejukbekuan adalah cara terbaik untuk memelihara kandungan vitamin yang terdapat di dalam makanan yang sudah disediakan. 
Menyejuk beku makanan lembut dalam bekas penyejuk ais atau mangkuk kecil juga boleh digunakan. Ibu hanya perlu keluarkan sejumlah makanan diperlukan bayi untuk sarapan. 

2. Berikan bayi buah-buahan sebagai sumber vitamin C walaupun sudah melengkapkan pengambilan hidangan si kecil dengan sumber sayuran pada waktu makan malam sehari sebelumnya. 

3. Tekstur sesuai untuk makanan bayi. 
Mengikut panduan secara kasar, sediakan hidangan lumat semasa bayi baru hendak mula mencuba makanan pepejal. 
Apabila bayi sudah biasa dengan makanan selain daripada susu, jenis sajian yang dihidangkan boleh ditambah. Ibu boleh memperkenalkan makanan yang sedikit kasar sebaik bayi berusia sekitar tujuh hingga sembilan bulan. Misalnya, dengan cara menghancurkan makanan berbanding dikisar. 
Apabila bayi sudah pandai memegang barang, keseronokan si kecil menikmati makanan berbentuk jejari bermula yang menyebabkannya lebih suka makan sendiri. 
Jika menyuap makanan dengan sudu, satu taktik terbaik adalah dengan memberikan si kecil sudu lain untuk dipegang sebagai satu bentuk pembelajaran baru kepada mereka. 

4. Sesetengah bayi berusia enam hingga tujuh bulan lebih suka menggunakan gusi untuk mengunyah makanan pejal seperti lobak merah dan kekacang yang sudah dimasak atau sandwic lembut. 
Bermula usia si kecil sembilan bulan, ibu sudah boleh memberikan anak mereka makanan yang dicincang. 
Setiap bayi berbeza dan jangan berlengah untuk memperkenalkan makanan pepejal atau lebih kasar kepada mereka. Memberi makanan bayi dalam tempoh lama akan membuatkan si kecil enggan mencuba makanan pejal walaupun dalam saiz yang kecil. 

5. Setelah bayi biasa dengan makanan berbentuk pepejal, ibu boleh memberi fokus terhadap pengambilan nutrien penting diperlukan si kecil. 
Antara nutrien penting untuk anak adalah: 
Zat besi 
Kalsium 
Vitamin C 
Vitamin A (dikenali beta karotena dalam sayuran) 
Asid lemak omega-3 

6. Hidangan bayi berusia 10 bulan kini hampir sama dengan makanan orang dewasa. Makanan perlu dipotong atau dikisar. Pada peringkat ini, bayi perlu diberikan: 
• Tiga atau empat hidangan makanan berkanji sehari seperti nasi, mi, roti, pasta atau ubi kentang. 
• Satu hidangan daging, ikan, telur atau dua jenis kekacang. 
• Satu atau dua hidangan keju atau yogurt dan juga susu ibu atau susu formula. 

Makanan yang perlu dielakkan 
Di bawah usia setahun, terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan untuk diberikan kepada bayi. Antaranya: 

• Elakkan garam, gula, madu dan pemanis tiruan. Cuba maniskan pencuci mulut dengan menggunakan pisang lenyek atau puri buah-buahan kering yang sesuai atau gunakan susu ibu yang dipam atau susu formula.

• Elakkan menambah sebarang bentuk minuman kafein seperti teh atau kopi ke dalam botol bayi. Ini kerana kandungan tanin di dalam teh akan mengganggu penyerapan zat besi. 

• Elakkan memberi perahan buah-buahan atau minuman diet kepada bayi. Pemanis tiruan tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

• Elakkan makanan yang membawa risiko kepada keracunan makanan seperti keju lembut yang diperam sehingga berkulat. 

• Telur mestilah dimasak sepenuhnya dan elakkan memberi telur separuh masak atau mentah. 

• Elakkan memberi bayi susu tanpa lemak, mentega rendah lemak dan yogurt. Sentiasa berikan bayi jenis sumber penuh lemak kerana mereka memerlukan sumber kalori. 
Bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun dapat membesar dengan sihat menerusi pengambilan makanan seimbang. Selepas itu, barulah bayi diperkenalkan dengan makanan jenis rendah lemak dengan perlahan. 

Apabila anak berusia lima tahun, hanya sepertiga daripada tenaganya perlu diperoleh daripada lemak. Selain itu, ibu perlu berhati-hati ketika memperkenalkan anak dengan makanan penuh bijirin. 
Elakkan memberi terlalu banyak jenis makanan berkenaan kerana ia boleh mengembang dan memenuhkan perut bayi yang kecil dan meninggalkan sedikit ruang untuk sajian bertenaga tinggi yang lain. 
Justeru, ibu perlu memberi anak dengan campuran roti putih dan bijirin penuh selain nasi atau pasta.
SUMBER: Harian Metro

PURI SAYUR-SAYURAN
Sayur-sayuran haruslah dibasuh bersih-bersih. Kukus sehingga empuk ataupun lembut. Kisar bersama sedikit air kukusan tadi sebelum diberikan kepada anak. Boleh menambahkan sedikit susu badan atau susu formula untuk menambahkan perisa pada puri tersebut.

PURI BUAH-BUAHAN
Pilih buah yang cukup masak. Kupas kulitnya dan cuci. Buangkan biji jika ada. Potong buah tersebut kecil-kecil seperti bentuk dadu. Kukus sehingga menjadi lembut ataupun empuk. Sesetengah buah-buahan seperti pisang boleh terus dikisar untuk dijadikan puri tanpa perlu dimasak.
Anda juga boleh menghantar resipi khasiat anak untuk kongsi bersama. Jangan lupa emailkan ke mylittlebabyalya@gmail.com dan berpeluang mendapat saguhati daripada kami.

PURI PISANG

Ambil 2 biji pisang emas yang masak. Masukkan dalam bahagian pengisar Beaba Babycook dan campurkan sedikit air masak.
Kemudian kisar sehingga hancur dan hidangkan.

PURI KELEDEK  

Ambil sebiji ubi keledek bersaiz kecil, buangkan kulit dan cuci bersih.
Potong keledek menjadi bentuk dadu dan kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3).
Setelah empuk, kisar keledek tersebut sehingga halus.
Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar.

PURI BROKOLI

Ambil lima kuntum kecil brokoli dan bersihkan.
Kemudian kukus sehingga empuk bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3).
Setelah brokoli lembut, kisar sehingga halus.
PURI KENTANG

Ambil sebiji ubi kentang bersaiz sederhana, buangkan kulit dan cuci bersih.
Potong kentang menjadi dadu dan kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3).
Setelah empuk, kisar kentang tersebut sehingga halus.
Tambahkan sedikit air kukusan tadi semasa mengisar untuk memudahkan proses mengisar.

PURI BAYAM

Ambil beberapa tangkai daun bayam, cuci bersih dan potong kecil.
Kemudian, kukus sayur tersebut bersama Beaba Babycook.
Seteleh lembut, kisar bayam sehingga halus.

  
PURI EPAL
Ambil sepotong buah epal. Cuci, buangkan kulit dan cincang seperti bentuk dadu.
Kemudian, kukuskan bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2).
Biarkan sehingga buah menjadi lembut.
Selepas itu, ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.


KACANG PIS & BAYAM

Ambil satu sudu besar kacang pis dan beberapa batang sayur bayam.
Cuci bersih dan kukus kacang pis bersama bayam yang sudah dipotong kecil bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3).
Setelah sayur lembut dan kacang empuk, kisar agar mudah dimakan oleh bayi.
Sedia untuk dihidangkan.


BUBUR TIGA RASA

Ambil satu biji keledek (yang sudah dibuang kulit dan dipotong dadu), sebatang lobak merah bersaiz kecil dan juga dibuang kulit dan potong dadu serta beberapa kuntum kecil bunga kobis.
Masukkan kesemuanya ke dalam Beaba Babycook dan kukus bersama sukatan paras air (level 3).
Kemudian, kisar ubi keledek, lobak dan bunga kobis tersebut dengan sedikit air kukusan.
Sedia untuk dihidangkan.

PURI PIR

Ambil sepotong pir.
Cuci, buang kulit dan dan potong seperti bentuk dadu.
Kemudian kukuskan bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3).
Biarkan sehingga buah menjadi empuk.
Selepas itu ambil pir yang telah dikukus tadi dan dikisar sehingga halus.
 
PURI LOBAK MERAH

Ambil sebatang lobak merah bersaiz kecil, buangkan kulit dan cuci bersih.
Potong lobak merah menjadi bentuk dadu dan kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3).
Setelah empuk, kisar lobak merah tersebut sehingga halus.
Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar. 
PURI LABU & CENDAWAN

Ambil sepotong labu, buangkan kulit dan cuci bersih.
Potong seperti bentuk dadu. Masukkan dua cendawan bersaiz sederhana bersama labu tadi dan kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Biarkan. Selepas siap kukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar. 

PURI BLUEBERI

Ambil 1/2 cawan buah blueberi (segar atau dingin beku) dibersihkan dan dikukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau tambah bijirin semasa mengisar untuk memekatkan puri. Makanan bayi juga sesuai ditambah bersama blueberi seperti bubur, barli, oat, epal, pir & yogurt.

PURI BUNGA KOBIS & BROKOLI

Ambil beberapa kuntum bunga kobis dan brokoli dibersihkan dan dikukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Selepas siap dikukus atau bunga kobis dan brokoli lembut, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan semasa mengisar.

PURI KACANG PIS

Ambil satu sudu besar kacang pis.
Cuci bersih dan kukus kacang pis bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level3). Setelah kacang empuk, kisar agar mudah dimakan oleh bayi.
Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan atau sedikit susu badan atau susu formula untuk menambahkan perisa pada puri tersebut. Sedia untuk dihidangkan.

PURI AVOCADO

Potong dan keluarkan isi avocado. Isi avocado yang betul-betul masak adalah bertekstur lembut dan berkrim. Masukkan isi avocado dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar.

PURI AVOCADO & PISANG

Potong dan keluarkan isi avocado. Masukkan isi avocado dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus bersama pisang dan campurkan sedikit air masak. 
Sedia untuk dihidangkan.

PURI SAYURAN

Ambil beberapa kumtum brokoli, sebatang lobak merah bersaiz kecil dan dibuang kulit dan potong dadu serta beberapa kuntum kecil bunga kobis. Dibersihkan.
Masukkan kesemuanya ke dalam Beaba Babycook dan kukus bersama sukatan paras air (level 3).
Kemudian, kisar brokoli, lobak dan bunga kobis tersebut dengan sedikit air kukusan tadi.
Sedia untuk dihidangkan.


PURI AVOCADO & EDAMAME BEANS

Ambil satu sudu besar edamame beans. Cuci bersih dan kukus edamame beans bersama isi avocado dengan menggunakan Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level3). Setelah empuk, kisar agar mudah dimakan oleh bayi.
Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan pada puri tersebut. Sedia untuk dihidangkan.
 edamame beans

PURI NASI

Ambil segenggam beras. Kemudian cuci bersih-bersih.
Masukkan beras yang dicuci tadi ke dalam Beaba pasta/rice cooker bersama air.
(Sukatan air adalah mengikut keperluan untuk membuat bubur)
Masukkan sukatan paras air (level3) ke dalam bekas steamer juga. Untuk membuat puri nasi menggunakan Beaba babycook, dua pusingan diperlukan untuk medapatkan hasil puri yang memuaskan. Untuk mendapatkan tekstur bubur yang halus, kisarkan bubur nasi yang telah siap disejukkan menggunakan pengisar.
 bubur nasi + kurma + lobak merah + daging
bubur nasi + brokoli + ayam

PURI PIR & LOBAK MERAH

Ambil sebiji pir dan lobak merah. Buangkan kulit dan cuci bersih.
Potong seperti bentuk dadu. Masukkan buah pir dan lobak merah tadi dan kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Biarkan. Selepas siap kukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar. Sedia untuk dihidangkan. Resipi ini sangat sesuai untuk penghadaman si manja anda.

PURI SWEET POTATO & BROKOLI

Ambil sebiji 'sweet potato' dan beberapa kuntum brokoli. Cuci bersih. 'Sweet potato' dan brokoli tadi dikukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Biarkan. Selepas siap kukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar.
Saya suka combinasi sweet potato dan brokoli ni. Insyaallah bayi pun akan suka. 


PURI EPAL & AVOCADO

Ambil satu biji epal hijau. Cuci bersih dan dipotong dadu. Kukus epal tadi dengan menggunakan Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level2). Setelah empuk, kisar bersama isi avocado yang telah matang (raw).
Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan semasa mengisar. Puri akan menjadi lebih creamy. Sedia untuk dihidangkan.

PURI APRIKOT & BABY CARROT

Ambil sebiji aprikot dan beberapa batang 'baby carrot' dibersihkan dan dipotong kecil. Kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level3).
Setelah siap dikukus, kisar aprikot dan 'baby carrot' dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi. Sedia untuk dihidangkan.

PURI PAPAYA

Ambil sepotong papaya yang masak. Masukkan dalam bahagian pengisar Beaba Babycook dan campurkan sedikit air masak.
Kemudian kisar sehingga hancur dan hidangkan.

PURI TIMUN & AVOCADO

Ambil beberapa hirisan timun dan isi avocado yang masak. Masukkan dalam bahagian pengisar Beaba Babycook dan campurkan sedikit air masak.
Kemudian kisar sehingga hancur dan hidangkan. 

PURI PIR & BROKOLI

Ambil sebiji pir dan beberapa kuntum brokoli. Cuci bersih.
Masukkan ke dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level2).
Setelah siap dikukus kisar pir dan brokoli tadi dengan menambah sedikit baki air kukusan semasa mengisar. Sedia untuk dihidangkan. 

CAMPURAN BERRIES & PISANG

Ambil beberapa biji campuran berries dibersihkan. Kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level2).
Setelah selesai kukus, kisar berries tadi bersama-sama dengan pisang.
Sedia untuk dimakan.


PURI AVOCADO & PAPAYA

Potong dan keluarkan isi avocado dan papaya.  Kisar sehingga halus dan campurkan sedikit susu (susu fm atau bf). 
Sedia untuk dihidangkan.

PURI MANGO, PISANG & STRAWBERI

Kombinasi yang sangar menarik (kaya dengan vitamin A dan C). Kisar sehingga halus. 
Sedia untuk dihidangkan.

PURI APRIKOT & PISANG

Potong dan bersihkan buah aprikot. Masukkan aprikot dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus bersama pisang dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi. 
Sedia untuk dihidangkan.


PURI UBI, LOBAK MERAH & PIS

Ambil sebiji ubi, sebatang lobak merah bersaiz kecil dan dibuang kulit dan potong dadu serta beberapa kacang pis. Dibersihkan.
Masukkan kesemuanya ke dalam Beaba Babycook dan kukus bersama sukatan paras air (level 3).
Kemudian, kisar ubi, lobak dan pis tersebut dengan sedikit air kukusan tadi atau sedikit susu (FM/BF).
Sedia untuk dihidangkan.


PURI PLUM & PISANG

Potong dan bersihkan buah plum. Masukkan plum dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus bersama pisang dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi. 
Sedia untuk dihidangkan.

PURI LOBAK MERAH & PIS

Ambil sebatang lobak merah bersaiz kecil dan dibuang kulit dan potong dadu serta beberapa kacang pis. Dibersihkan.
Masukkan kesemuanya ke dalam Beaba Babycook dan kukus bersama sukatan paras air (level 3).
Kemudian, kisar lobak dan pis tersebut dengan sedikit air kukusan tadi atau sedikit susu (FM/BF).
Sedia untuk dihidangkan.


PURI UBI & PIS

Ambil sebiji ubi bersaiz kecil dan dibuang kulit dan potong dadu serta beberapa kacang pis. Dibersihkan.
Masukkan kesemuanya ke dalam Beaba Babycook dan kukus bersama sukatan paras air (level 3).
Kemudian, kisar ubi dan pis tersebut dengan sedikit air kukusan tadi atau sedikit susu (FM/BF).
Sedia untuk dihidangkan.


PURI LABU

Ambil sepotong labu, buangkan kulit dan cuci bersih.
Potong seperti bentuk dadu. Masukkan labu tadi dan kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Biarkan. Selepas siap kukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar.

PURI SWEET POTATO, KACANG PIS & BAYAM

Ambil satu sudu besar kacang pis, sebiji 'sweet potato' bersaiz sederhana dan beberapa batang sayur bayam.
Cuci bersih dan kukus 'sweet potato', kacang pis bersama bayam yang sudah dipotong kecil bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3).
Setelah bahan tadi empuk, kisar agar mudah dimakan oleh bayi.
Sedia untuk dihidangkan. 

PURI AYAM, SWEET POTATO & EPAL

Ambil sebiji 'sweet potato' bersaiz sederhana dan sebiji epal. Cuci bersih dan dipotong seperti bentuk dadu. Kukus 'sweet potato' dan 'epal' tadi dengan menggunakan Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level3). 
Ambil isi ayam, dicuci bersih dan dipotong kecil. Ikut langkah sama seperti mengukus 'sweet potato' dan epal tadi.
Setelah semua bahan tadi empuk, kisar agar mudah dimakan oleh bayi.
Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan ayam pada puri tersebut. Sedia untuk dihidangkan.

APRIKOT, EPAL & PIR

Ambil satu biji aprikot, epal & pir.
Cuci bersih dan dipotong dadu. Kukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2).
Setelah buah-buahan lembut dan empuk, kisar agar mudah dimakan oleh bayi.
Sedia untuk dihidangkan. 

PURI BUNGA KOBIS, LOBAK MERAH & TOMATO

Ambil beberapa kuntum bunga kobis, lobak merah dan tomato. Dibersihkan dan dipotong kecil dan dikukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Selepas siap dikukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan semasa mengisar.


PURI SWEET POTATO & LOBAK MERAH

Ambil sebiji 'sweet potato' dan sebatang lobak merah. Cuci bersih dan dipotong kecil. 'Sweet potato' dan lobak merah tadi dikukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 3). Biarkan. Selepas siap kukus, kisar sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan tadi semasa mengisar.

PURI CERI & PISANG

Ambil beberapa biji buah ceri. Dibersihkan dan dikukus bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap dikukus, kisar bersama pisang sehingga halus. Boleh menambah sedikit lebihan air kukusan atau susu semasa mengisar.


PURI BLUEBERI, PISANG & EPAL

Potong dan bersihkan buah blueberi, pisang dan epal. Masukkan dan kukus di dalam Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. 
Sedia untuk dihidangkan. 






 

up