Jom
jadikan minuman smoothie sebagai makanan pagi yang sihat. Lebih berkhasiat dan
pengalaman yang menyeronokkan apatah lagi dapat dibuat bersama-sama dengan
anak-anak.
Sediakan
mana-mana ‘food processor’ atau pengisar kegemaran.
Sediakan
buah-buahan yang segar untuk membuat smoothie.
Pada
permulaan, fokuskan kepada satu jenis buah.
Atau
kombinasi buah-buahan yang boleh menjadikan aktiviti membuat smoothie lebih
menyeronokkan.
Beberapa
contoh kombinasi yang menarik yang boleh dicuba
Semakin meningkat usia bayi, semakin banyak khasiat tambahan diperlukan untuk tubuhnya. Oleh itu, ibu bapa mestilah pastikan makanan yang mereka beri kepada bayi mampu menampung keperluan tersebut.
Makanan pertama bayi mestilah dalam bentuk cecair supaya dia mudah menelannya. Untuk menyediakan puri, anda bole memilih sama ada mengukus sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipilih. Bole juga menambahkan susu ibu ataupun susu formula ke dalam puri untuk memberikan sedikit kelainan rasa pada makanan.
INSTANT NO-COOK PUREE
> Pisang & Blueberi
> Pisang & Mango
> Pisang & Papaya
> Pisang & Peach & Strawberi
> Pisang & Epal
> Pisang & Pear
PURI UBI, LOBAK MERAH & BROKOLI
Ambil satu biji ubi (yang sudah dibuang kulit dan dipotong dadu), sebatang
lobak merah bersaiz kecil dan juga dibuang kulit dan potong dadu serta beberapa
kuntum kecil brokoli.
Masukkan kesemuanya ke dalam Beaba Babycook dan kukus bersama sukatan paras air
(level 3).
Kemudian, kisar ubi, lobak dan brokoli tersebut dengan sedikit air
kukusan.
Sedia untuk dihidangkan.
PURI STRAWBERI, PEACH & PIR Potong
dan bersihkan buah strawberi, peach dan pir. Masukkan dan kukus di dalam
Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas
siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. Sedia untuk dihidangkan.
PURI
BAYAM & PISANG
Ambil beberapa
tangkai daun bayam, cuci bersih dan potong kecil.
Kemudian, kukus sayur tersebut bersama Beaba Babycook.
Seteleh lembut, kisar bayam tadi dengan pisang yang telah masak sehingga halus.
PURI ASPARAGUS
Ambil beberapa batang asparagus, cuci bersih dan potong kecil.
Kemudian, kukus sayur tersebut bersama Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level3).
Seteleh lembut, kisar asparagus sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi.
PURI EPAL & MANGO
Potong
dan bersihkan buah epal (dibuang kulit dan dipotong dadu). Masukkan epal dan kukus di dalam
Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas
siap kukus, kisar sehingga halus bersama mango. Sedia untuk dihidangkan.
PURI STRAWBERI, PEACH & EPAL Potong
dan bersihkan buah strawberi, peach dan epal. Masukkan dan kukus di dalam
Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas
siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan. Sedia untuk dihidangkan.
PURI STRAWBERI, PEACH & PISANG Potong
dan bersihkan buah strawberi, peach dan pisang. Masukkan dan kukus di dalam
Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas
siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. Sedia untuk dihidangkan.
PURI PEACH, PIR & BLUEBERI Potong
dan bersihkan buah blueberi, peach dan pir. Masukkan dan kukus di dalam
Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas
siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi. Sedia untuk dihidangkan.
PURI PLUM, PIR & EPAL Potong
dan bersihkan buah plum, pir dan epal (dipotong dadu). Masukkan dan kukus di dalam
Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas
siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. Sedia untuk dihidangkan.
PURI EPAL, PIR & PEACH Potong
dan bersihkan buah epal, pir dan peach (dipotong dadu). Masukkan dan kukus di dalam
Beaba Babycook dengan sukatan paras air (level 2). Selepas
siap kukus, kisar sehingga halus dengan menambah sedikit lebihan air kukusan tadi atau sedikit susu. Sedia untuk dihidangkan.
MY LITTLE ALYA, brings to the baby and nursery market a selection of leading International brands with award winning products. Our dedication to selecting great brands and products along with our speedy delivery services.